Dua mayat wanita ditemui dalam kereta

1511

Mayat dua wanita ditemukan dalam keadaan sudah berbau oleh orang awam dalam Honda WR-V di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, Seberang Perai. 

Hasil pemeriksaan pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bandar Perda mendapati kedua-dua mayat ditemui di bahagian tempat duduk depan itu sudah kembung dan busuk.



Difahamkan, berkemungkinan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia lebih lima hari lalu dan nombor telefon yang dipercayai milik ahli keluarga salah seorang mangsa turut ditemui di papan pemuka kereta berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bandar Perda dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan membuka pintu kereta terkunci pada pukul 7.41 malam.

“Sebaik tiba pasukan penyelamat berjaya membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas. Sebaik pintu kereta dibuka, didapati terdapat dua orang mayat perempuan dewasa berada di tempat duduk hadapan kereta berkenaan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here