Utama Berita Automotif Dua wanita maut dalam kereta akibat terhidu gas helium

Dua wanita maut dalam kereta akibat terhidu gas helium

579

Polis mengesahkan punca kematian dua wanita yang ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan di Jalan Tembikai, Bukit Mertajam pada Rabu akibat terhidu gas helium.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata kedua-dua wanita berusia 30 dan 25 tahun.

Kedua-dua mangsa yang merupakan warga tempatan, adalah rakan karib dan laporan kehilangan mereka telah dibuat oleh waris pada 5 Julai lepas.
 
“Pemeriksaan di sekitar tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata atau peralatan lain yang mengaitkan unsur- unsur jenayah.
 
“Sehubungan itu, polis mengklasifikasikan kematian kedua-duanya sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Tambah beliau, jenazah kedua- dua mangsa telah dituntut ahli keluarga kira-kira jam 2 petang selepas proses bedah siasat selesai di alankan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ).
 
Jenazah dibawa pulang ke Seremban, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.
 
Kedua-dua mangsa dipercayai berasal dari Negeri Sembilan dan datang ke Pulau Pinang untuk bercuti.
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here