GWM TANK 300 rasmi lancar di Malaysia, harga jualan RM250,000

292

Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM TANK 300 untuk pasaran Malaysia.

SUV ‘off-road’ mewah itu diimport sepenuhnya (CBU) dari China yang ditawarkan pada harga kompetitif RM250,000, dan kini bersedia untuk menjadi penanda aras baharu dalam industri automotif.



Sebagai tanda penghargaan, GWM menawarkan pakej hebat kepada 300 pemilik pertama GWM TANK 300, antaranya:

  1. Penyelenggaraan percuma selama 5 tahun/100,000km, termasuk kos buruh dan alat ganti, untuk setiap 10,000km atau setiap 6 bulan (mana tiba dahulu). 

  2. Waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi tanpa had perbatuan (eksklusif untuk pemilik pertama).

  3. Kit Pengembaraan GWM x Thule, mengandungi baucar Thule bernilai RM8,000 dan beg sandang Paramount Thule bernilai RM999.

  4. Sempena pelancaran GWM TANK 300, pelanggan lengkap mendaftar  selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2024 berpeluang memenangi sebuah percutian pengembaraan ke Chong Qing dan ChengDu, China. Sepuluh pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah.

Di samping itu, GWM TANK 300 juga hadir dengan waranti kenderaan tanpa had perbatuan selama 6 tahun.

GWM TANK 300 mengukuhkan reputasinya sebagai juara SUV ‘off-road’ di China selama 42 bulan berturut-turut, mencapai jualan global lebih daripada 300,000 unit dalam tempoh tiga tahun.

Dengan penampilan sulung di Malaysia, GWM berhasrat untuk mengatasi rekod jualan sebelumnya dan mencapai kejayaan baharu secara berterusan.

Keunggulan Prestasi dan Kejuruteraan:

GWM TANK 300 dilengkapi enjin petrol turbo 4-silinder 2.0L dan transmisi automatik 8-kelajuan. Kapasiti enjin 1,967cc menghasilkan kuasa 220PS dan tork 380Nm.

Dengan sistem 4WD separuh masa, GWM TANK 300 dilengkapi dengan ‘Ladder Frame Construction’ dan ‘Professional Off-road Chassis’ serta dilengkapi dengan kunci pembezaan gandar elektronik hadapan dan belakang untuk menakluki segala jenis permukaan.

Selain itu dilengkapi Mod ‘Tank Turn’ dan ‘Crawl Control’ (CCO) bagi meningkatkan kelincahan dan kawalan pemanduan ‘off-road’.

Memiliki sembilan mod Pemanduan iaitu sistem Kawalan Semua Permukaan (All-Terrain) untuk pemanduan yang versatil dan pelbagai jenis cabaran dan permukaan, merangkumi pilihan mod ‘Standard’ (2H), ‘Standard’ (4H), Mod Salji (4H), Mod 4L (Normal, Lumpur/Pasir, Lubang, Gunung, Batu) dan Mod Pakar (Expert).

Jarak kelegaan tanah 224mm, yang melebihi 70 peratus  keupayaan pendakian maksimum, sudut pendekatan dan keberangkatan, masing-masing 33 dan 34 darjah, serta dapat mengharungi air kedalaman maksimum 700mm.

Fungsi Casis Lutsinar memberikan penglihatan menyeluruh untuk kawasan bawah kenderaan untuk menyingkirkan titik buta semasa memandu.

Reka Bentuk Mewah dan Lasak

Setiap inci luaran GWM TANK 300 direka khas untuk eksplorasi yang ekstrem melalui kerangka yang tegap bersama roda aloi krom 18 inci yang mengagumkan.

Reka bentuk yang menggabungkan kegagahan bersama estetik moden itu menjadikannya tahan lasak dan kelihatan bergaya.

Ini boleh dilihat menerusi pintu belakang berengsel sisi yang utuh dan ruang muatan luas dilengkapi dengan roda ganti bersaiz penuh, sekaligus meningkatkan praktikaliti dan daya tarikannya yang lasak.

Ia didatangkan dalam empat warna yang menarik:

  • Dusk Orange
  • Fossil Grey
  • Crystal Black
  • Pearl White

Interior Mewah

GWM TANK 300 menawarkan kabin yang diliputi dengan kulit NAPPA hitam, dengan tempat duduk pemandu yang boleh dilaraskan dengan lapan cara bersama fungsi urut.

Ia dilengkapi dengan dua skrin instrumen 12.3 inci dan sistem infotainment skrin sentuh yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay.

Selain itu, konsol tengah moden mempunyai penukar gear dengan rekaan berinspirasikan penerbangan dan port pengecasan tanpa wayar, ia dilengkapi dengan pencahayaan suasana ambien 64 warna dan 9 pembesar suara dengan sistem bunyi Infinity.

Ciri praktikal tambahan termasuk ‘vent’ penyaman udara belakang, soket kuasa USB, dan perehat tangan tengah yang boleh dilipat dengan pemegang cawan.

Bagi tempat duduk penumpang belakang, ia didatangkan dengan dua tahap pelarasan dan tempat duduk belakang boleh dilipat dengan nisbah 60:40 untuk memuatkan barangan yang besar.

Keselamatan dan Inovasi Canggih

GWM TANK 300 juga dilengkapi dengan ciri Bantuan Pemanduan L2 ADAS membabitkan:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Intelligent Cruise Assistance (ICA)
  • Lane Central Keeping (LCK)
  • Traffic Jam Assist (TJA)
  • Lane Keeping Assist (LKA) dan lain-lain

Bersama-sama dengan kamera 360 darjah dan sistem radar yang luas, ini akan membantu memberikan pengalaman pemanduan yang lebih terkawal dan selamat.

Semua ciri keselamatan ini membolehkan GWM TANK 300 diberi penarafan keselamatan 5- bintang ANCAP. Selain itu, GWM TANK 300 turut dilengkapi dengani ciri-ciri pembukaan kunci dan pemotongan bahan api secara automatik selepas berlakunya insiden perlanggaran.

Galari Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here