Bengkel ini bikin sistem ekzos gergasi untuk Yamaha R6

143

Ada di antara kita mengubahsuai motosikal untuk mendapatkan kelajuan yang tertinggi di jalan raya.

Ada yang sukakan motosikal yang lebih praktikal dan selesa, dan ada juga yang mahukan sesuatu yang lebih berbeza berbanding apa yang ditawarkan dalam arus perdana.

Jika anda sudah bosan dengan jenama-jenama ekzos terkemuka seperti Akrapovic dan Termignoni, boleh cuba dapatkan khidmat ubahsuai daripada saluran YouTube Itali Carmagheddon.



Projek terbaharu mereka? Menghasilkan sistem ekzos yang paling besar untuk motosikal Yamaha R6 tahun 2008.

Video berdurasi bawah 15 minit itu turut memaparkan proses yang terpaksa diambil untuk memuatkan sistem ekzos sebesar tangki penapis air di luar rumah pada model R6.

Pihak bengkel tidak mendedahkan berat sebenar sistem ekzos baharu yang dipasangkan itu, dan berdasarkan struktur perpaipan yang agak besar itu ia dilihat mampu memberikan kesan kepada kestabilan tunggangan atas jalan raya.

Bagaimana pula dengan bunyi? Anda boleh klik pautan video YouTube di bawah dan terus ke minit yang ke-11 untuk mengetahui hasilnya.

VIDEO

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here