Toyota GR86 2025 Green Ridge Limited, terhad 200 unit

133

Toyota Gazoo Racing melakukan kemas kini spesifikasi GR86 pacuan roda belakang bagi pasaran Jepun. 

Berdasarkan input yang diperoleh daripada litar lumba, Toyota mendakwa GR86 (2025) itu mampu menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih unik dan menyeronokkan.



Antara perubahan yang dilakukan termasuklah talaan pada komponen penyerap hentak dan kawalan stereng berkuasa elektrik bagi menjadikan pengendalian GR86 lebih tajam dan rasa secara langsung dengan jalan raya.

Untuk transmisi manual, aspek kawalan pendikit diubah untuk hubungan lebih lebih langsung antara kaki dan enjin.

Manakala versi kotak gear automatik pula, para jurutera mengembangkan lagi julat toleransi kelajuan enjin semasa menukar gear rendah yang mana membolehkan tukaran gear yang lebih lancar dan responsif.

Akhir sekali, GR86 kini menampilkan dua ciri baharu, iaitu sistem amaran tekanan tayar dan lampu nyala siang (DRL).

Toyota Jepun turut menawarkan model GR86 edisi terhad yang dinamakan sebagai RZ Ridge Green Limited yang dikeluarkan sebanyak 200 unit untuk direbut menerusi sistem loteri.

Ciri unik yang dibawakan termasuklah warna hijau eksklusif, rim gangsa bersaiz 18 inci, sistem brek Brembo, penyerap hentak Sachs dan upholsteri kulit hitam serta tan pada ruang kabin.

Di Jepun, Toyota GR86 (2025) dijual pada harga bermula dari JYP 3,518,000 (RM103,885) untuk versi standard, sementara versi Ridge Green Limited pula lebih mahal JYP 3,897,000  (RM115,077) untuk versi manual atau JYP 3,995,000 (RM117,971) untuk versi automatik.

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here