VinFast tangguh produksi kenderaan di Amerika Syarikat ke 2028

186

Perjalanan jenama VinFast di pasaran Amerika Syarikat tidak begitu lancar yang mana situasi menjadi lebih buruk apabila permintaan terhadap kenderaan elektrik (EV) yang semakin perlahan.

Justeru itu, VinFast menangguh pemasangan kenderaan di kilang North Carolina ke 2028, empat tahun lebih lewat berbanding perancangan asal.

Pada Mac 2022, jenama Vietnam itu mengumumkan produksi kenderaan akan bermula pada Julai 2024, dengan kapasiti pengeluaran sehingga 150,000 unit setahun.



Namun, perancangan tersebut tidak menjadi kenyataan walaupun VinFast  menerima insentif bernilai USD1.2 bilion (RM5.61 bilion) daripada kerajaan North Carolina.

Tidak lama selepas itu, satu majlis pecah tanah diadakan pada musim panas 2023 yang mana pada ketika itu VinFast mengumumkan perancangan untuk memulakan pengeluaran seawal 2025.

Berdasarkan laporan media tempatan, VinFast secara drastik mengecilkan saiz kilang dan tidak banyak perubahan yang berlaku sejak upacara pecah tanah. 

Sepanjang tempoh suku kedua tahun ini, VinFast mengedarkan sebanyak 12,058 unit kenderaan, atau peningkatan sebanyak 26 peratus berbanding tahun lalu.

Syarikat itu mengunjurkan jualan global sebanyak 80,000 unit untuk tahun ini, berbanding 34,855 unit kenderaan yang telah diedarkan pada tahun 2023.

Angka tersebut mungkin dilihat terlalu optimistik memandangkan VinFast sekadar mengedarkan sebanyak 21,747 unit kenderaan sepanjang tempoh separuh pertama tahun ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here