Polis tumpas ‘Geng Botak’ curi motosikal diketuai remaja berusia 13 tahun

186

Polis Melaka menumpaskan sindiket curi motosikal yang dikenali sebagai ‘Geng Botak’ selepas penahanan enam remaja dalam Op Lejang sejak 4 hingga 7 Julai lalu.

Dalang kumpulan itu yang dikenali sebagai Botak berusia 13 tahun yang masih bersekolah ditahan bersama lima lagi rakannya berusia 14 hingga 17 tahun dalam tiga serbuan berasingan.



Timbalan Ketua Polis Melaka Senior Asisten Komisioner Md Nazri Nawawi berkata sepasukan anggota Cawangan D4 Risikan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Melaka Tengah menyerbu sebuah rumah di Jalan Semabok, Jambatan Duyong pada 4 Julai lalu bertindak atas laporan kehilangan Yamaha Y15ZR di Kampung Padang Temu. 

“Dalam serbuan itu polis menahan tiga remaja berusia 13, 14 dan 15 tahun berhampiran Yamaha 15ZR dan Yamaha 135 LC tanpa nombor pendaftaran.

“Hasil siasatan ketiga-tiga suspek kemudian menunjukkan tiga lagi lokasi motosikal yang dilaporkan hilang sebelum ini dan sebuah lagi motosikal,” katanya. 

Tambah beliau, serbuan ketiga tepi jalan Taman Paya Rumput, Masjid Tanah kemudian membawa kepada penahanan dua lagi suspek berusia 16 tahun juga tidak bersekolah dan seorang lagi berumur 17 tahun merupakan pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah menengah di Masjid Tanah.

“Kedua-dua suspek bagaimanapun mengaku tidak terlibat dalam kecurian sebuah motosikal jenis Modenas Kriss, sebaliknya memberi alasan menerima motosikal daripada adik rakannya yang terlibat dalam kes curi motosikal,” katanya.

Siasatan polis mendapati sindiket bergiat aktif sejak Januari 2024 yang mana modus operandi mensasarkan motosikal yang parkir di luar rumah yang tidak berpagar.

Menerusi penahanan itu polis berjaya menyelesaikan enam kes kecurian motosikal sekitar Melaka.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka bebas daripada penyalahgunaan dadah dan dua daripada individu yang ditahan masih bersekolah di negeri Melaka.

Semakan rekod yang dijalankan mendapati kesemua mereka tiada sebarang rekod lampu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri kenderaan yang mana penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here