Honda ADV160 hadir warna baharu kelabu dan putih, harga bermula RM13,249

203

Honda Sdn Bhd memperkenalkan dua pilihan warna baharu untuk ADV160 membabitkan kelabu dan putih.

Warna baharu ADV160 boleh didapati di pengedar sah IMPIAN X dan Honda di seluruh negara bermula 18 Julai 2024 dengan harga yang disyorkan RM13,249 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Dari segi mekanikal, tiada perubahan yang dilakukan dan masih menggunakan enjin 157cc yang menawarkan 15.8hp dan tork setinggi 14.7 Nm.



Honda Selectable Torque Control (HSTC)

Turut dipadankan Honda Selectable Torque Control (HSTC) mengoptimumkan kuasa dan daya tarikan enjin dengan Sistem Henti Melahu (ISS) termaju untuk kecekapan yang dipertingkatkan. 

Penunggang akan mendapat manfaat daripada ketinggian tempat duduk rendah 780mm dan cermin depan boleh laras, memberikan keselesaan dan kemudahan pengendalian sama ada perjalanan dekat atau jauh. 

Cermin depan boleh laras dua langkah meningkatkan aerodinamik, manakala Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan brek cakera memastikan keyakinan dalam pelbagai keadaan menunggang. 

Untuk kemudahan tambahan, ADV160 dilengkapi Honda Smart Key yang disepadukan dengan penggera anti-kecurian, pengecas USB 5V 2.1A, dan 30 liter storan bawah tempat duduk untuk barang-barang penting.

Boon Siew Honda menawarkan dua tahun atau 20,000km waranti pembuatan.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here