Istiadat pertabalan Agong: 14 jalan raya di sekitar KL ditutup sementara

224

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata sebanyak 14 jalan raya di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat pada Sabtu ini sempena upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Beliau berkata, jalan-jalan terlibat akan ditutup sementara bermula jam 8 pagi untuk acara Istiadat Pertabalan dan jam 8 malam bagi Majlis Santapan Diraja.

Penutupan jalan secara sementara ini untuk memberi laluan kepada tetamu-tetamu Diraja melalui laluan tersebut dan sampai mengikut masa yang telah ditetapkan dan akan dibuka semula selepas melalui laluan berkenaan,” katanya.



Berikut adalah jalan-jalan yang terlibat:

  • Jalan Tun Razak
  • Jalan Kia Peng
  • Jalan Raja Chulan
  • Jalan Ampang
  • Jalan Sultan Ismail
  • Lebuhraya Sultan lskandar
  • Jalan Tuanku Abdul Halim
  • Jalan Semantan
  • Jalan Damansara
  • Jalan Istana
  • Kuala Lumpur-Seremban Expressway
  • Jalan Kuching (arah Selatan)
  • Bulatan Dato Onn
  • Jalan Parlimen

Menurut Rusdi lagi, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur akan menempatkan 387 pegawai kanan serta pegawai rendah polis bagi melaksanakan penugasan mengiring orang kenamaan, mengawal lalu lintas, menguatkuasakan undang-undang jalan raya agar acara yang penuh dengan Istiadat Negara dapat berlangsung dengan jayanya.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak melalui laluan yang terlibat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengikuti arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT KUala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here