Clarkson, Hammond, May tamatkan kerjasama selepas 21 tahun

139

Jeremy Clarkson. Richard Hammond. James May.

Tiga nama ini merupakan identiti yang sinonim dengan rancangan televisyen Top Gear sebelum mereka menempa populariti menerusi The Grand Tour.



Namun selepas 21 tahun, kerjasama antara tiga ikon ini akhirnya akan ditamatkan secara rasmi.

Menurut laman The Daily Mail, syarikat usahasama W. Chump and Sons yang bertanggungjawab menghasilkan The Grand Tour akan dibubarkan biarpun berjaya membuat perolehan tahunan sebanyak £6 juta (RM36.41 juta).

Trio itu kini sedang mempromosikan episod khas The Grand Tour yang mengisahkan pengembaraan terakhir mereka ke negara Zimbabwe.

Awal tahun lalu, Hammond memberikan bayangan kerjasama antara Clarkson dan May akan ditamatkan.

“Kami telah membuat keputusan ini lama dahulu. Satu perkara yang kami mahu kawal ialah bila, di mana, dan bagaimana kami mahu mendarat.”

Pada zaman kegemilangannya, Top Gear merupakan rancangan terbesar diterbitkan oleh BBC yang berjaya menarik berjuta-juta tontonan dan keuntungan.

Selepas kontrak trio tersebut ditamatkan, mereka terus menempa nama menerusi The Grand Tour pada tahun 2016 dengan menggunakan pendekatan dan format yang serupa.

Terdapat khabar angin di mana Prime Video akan meletakkan nama baharu bagi menggantikan tiga hos asal The Grand Tour.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here