CFMoto daftar paten tali pinggang keledar untuk motosikal

320

Syarikat pengeluar motosikal China, CFMoto baru-baru ini telah memfailkan permohonan paten untuk sistem tali pinggang keledar untuk penunggang motosikal.

Berdasarkan imej paten, CFMoto memperlihatkan sehingga tiga rekaan yang berbeza pada motosikal 1250TR-G, di mana salah satu daripadanya menggunakan struktur tali keledar tradisional yang boleh dipakaikan pada pinggang penunggang.

 



 

Terdapat juga rekaan sepasang crash bar yang dipasangkan pada tangki bahan api, diikuti dengan gelung bar keselamatan persis bar keselamatan yang biasa digunakan pada roller coaster bagi memegang erat pengguna pada pergerakan berkelajuan tinggi.

Paten terbaharu yang difailkan oleh CFMoto memperlihatkan sistem ‘tali keledar’ ini boleh digandingkan dengan sistem brek kecemasan automatik untuk mengelakkan penunggang daripada tercampak sewaktu berdepan situasi yang tidak diduga, namun akan terbuka secara automatik apabila pelanggaran sisi dikesan.

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah motosikal besar dan pantas wajar diberikan ciri tali pinggang keledar?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here