Kia Bongo (2025) masih dapat kemaskini walaupun usia cecah 20 tahun!

158

Mungkin ramai yang salah sangka Kia Tasman yang bakal dilancarkan kelak akan menjadi trak pertama jenama Korea tersebut.

Namun begitu, terdapat satu model yang sangat kurang dikenali namun telah wujud sejak dari 1980 lagi, iaitu Kia Bongo.

Meskipun generasi keempat sedia ada telah lama dilancarkan sejak 2005, Kia masih meneruskan kemas kini model tersebut untuk tahun 2025.



Kia Bongo (2025) boleh didapati dalam versi dua atau empat pintu menerusi peralatan standard cermin sisi boleh lipat, kawalan jelajah, sistem pemadam api dan tambahan ciri seperti tuil brek parkir baharu, pemegang pintu krom dan twitter sistem audio bagi varian tertinggi.

Ciri moden lain termasuklah tempat duduk pemandu lengkap dengan sistem pengudaraan, butang pandu mula, skrin infohibur 10.25 inci, serta beberapa fungsi keselamatan yang lebih terkini.

Selain direka untuk perniagaan kecil, Kia Bongo juga boleh disesuaikan sebagai kenderaan latihan pemandu yang dilengkapi dengan transmisi automatik.

Kia Bongo 2025 masih lagi mengekalkan enjin 2.5 liter dengan bahan api LPG yang mampu menjana kuasa 157hp dan tork 294Nm dengan padanan transmisi automatik.

Versi manual pula menawarkan output lebih rendah dengan kuasa 136hp dan tork 255Nm sahaja.

Terdapat juga versi elektrik dengan output 181hp dan 395Nm yang dipadankan dengan pek bateri 58.8kWh serta jarak pemanduan sejauh 211km untuk sekali cas penuh.

Kia Bongo EV tersebut menyokong pengecasan pantas sehingga 100kW yang mana bateri boleh dicas dari 10-80 peratus dalam masa 47 minit sahaja.

Di Korea, harga jualan Kia Bongo bermula dari KRW20.35 juta (RM68,726).

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here