Universiti di China hantar surat tawaran kemasukan guna dron

161

Empat bakal mahasiswa menjadi kumpulan pertama menerima surat tawaran kemasukkan ke universiti menggunakan dron di China. 

Kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) itu membawa empat surat tawaran Universiti Teknologi China Selatan, wilayah selatan Guangdong ke kawasan perumahan di daerah Guangzhou, pada 15 Julai lalu.

Penghantaran dron sejauh kira-kira 7km itu mengambil masa 40 minit, tempoh hampir sama dengan menunggang basikal.



Menurut South China Morning Post (SCMP), dron itu tiba dengan selamat sebelum seorang kakitangan dari China Post mengeluarkan bungkusan dari UAV itu dan menghantar surat berkenaan kepada empat pelajar berkenaan. 

Tu Sulan, mahasiswi pertama yang menerima pakej berkenaan berkata, menerima surat tawaran dalam jurusan kimia.

“Saya sangat teruja dengan kemudahan teknologi baharu ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap China Post bahagian Guangzhou, Zou Liwen berkata, destinasi dan masa penghantaran dipilih dengan teliti dengan mengambil kira ruang pendaratan, cuaca dan kekuatan isyarat diperlukan untuk membantu menghidupkan dron.

UAV berkenaan merupakan keluaran pengeluar dron China yang berpangkalan di Guangzhou, EHang.

Ia boleh membawa muatan sehingga lima kilogram dan hanya memerlukan ruang seluas lima meter persegi untuk mendarat dengan jarak perjalanan sehingga 20km.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bilangan orang yang diterima masuk ke universiti di China setiap tahun adalah kira-kira 10 juta.

Penghantaran pertama kali surat tawaran menggunakan dron itu dilihat sebagai perintis untuk lebih banyak penghantaran seperti itu pada masa depan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here