Seorang pemilik Proton X70 meluahkan rasa kecewa dengan perkhidmatan sebuah pusat servis Proton di Skudai apabila isu bateri yang dihadapi masih tidak dapat diselesaikan dalam tempoh sekitar empat hari.
Perkongsian pemilik yang menggunakan akaun Facebook Haritheran Narayanasamy itu menjelaskan menggunakan SUV berkenaan selama 10 bulan namun telahpun berdepan pelbagai masalah.
“Kereta breakdown tengah jalan, imej Proton malu dan lagi masalah bateri sudah teruk dan fungus.
“Isnin tunda ke Proton TG sampai sekarang belum ada cerita masalah sebenar. Menyesal beli kereta Proton dan membazir duit dan masa,” kongsi di grup X70OCM (Proton X70 Owner Club Malaysia).
Berdasarkan perkongsian imej bateri, masalah yang dihadapi bukanlah kulat. Ia dipercayai kakisan pada terminal bateri yang kemungkinan disebabkan tindak balas kimia antara asid bateri dan terminal.
Keadaan itu boleh menyebabkan sambungan elektrik yang lemah dan masalah untuk menghidupkan enjin.
Haritheran berasa terkilan apabila kakitangan pusat servis memberikan jawapan tidak munasabah apabila dia bertanyakan status kenderaannya selepas empat hari tersadai di pusat servis.
“Hari keempat pekerja Proton masih belum maklumkan. Apabila ditanya bilakah boleh siap boleh jawab tidak tahu. Asyik guna alasan ujian diagnostik.
“Apabila ditanya tentang kereta ganti untuk kegunaan dia boleh balas pelanggan lain sudah pinjam sebulan masih belum pulang lagi,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu, ahli grup mencadangkan pemilik untuk menghantar kenderaannya ke pusat servis Proton yang lain.
“Proton ** tu memang tak berapa recommended. Kalau nk checking elok hantar AG skudai kiri. Foreman sana lebih pakar,” komen Mohd Izzat.
“Naya ni.. Tapi bukan salah Proton la, ni salah SC. Teruk benar layan customer camni.. Isu takdelah besar mana,” tulis Shukri Musbar Ben Moses.