Honda lancar dua mesin pemotong rumput automatik Miimo, spesifikasi dipertingkat

62

Honda Jepun memperkenalkan dua model mesin pemotong rumput automatik berkuasa elektrik, iaitu Miimo HRM2500 Live dan Grass Miimo HRM4000 Live.

Spesifikasi dua model mesin pemotong rumput itu telah dipertingkatkan, ia kini mampu mengenalpasti sehingga empat wayar sempadan selain membolehkan beberapa unit Miimo dan Grass Miimo digunakan dalam satu kawasan yang sama.



Selain daripada itu, fungsi pemantauan dan kawalan jauh yang sebelum ini ditawarkan pada model Grass Miimo kini tersedia secara standard untuk model Miimo.

Pemilik boleh memasang aplikasi Mii-monitor untuk memeriksa status operasi semasa, memberikan arahan serta menukar tetapan dalam masa nyata.

Aplikasi tersebut turut memperkenalkan fungsi baharu iaitu ‘Smart Island Zone Setting‘ untuk mengurangkan kekerapan pencerobohan zon tertentu, serta fungsi ‘Smart Timer Setting‘ untuk mengubah jadual kerja selari dengan data cuasa semasa.

Untuk makluman, Miimo merupakan robot pemotong rumput berkuasa elektrik yang berkeupayaan untuk melakukan kerja-kerja tersebut dalam kawasan yang telah ditetapkan oleh program.

Sejak dilancarkan pada 2017, Miimo mendapat pujian yang meluas sebagai sebuah produk yang dapat mengurangkan beban pekerja selain melakukan kerja dengan lebih cekap terutama di kawasan taman, tadika, sekolah dan banyak lagi.

SPESIFIKASI

Miimo HRM2500 Live


Dimensi: 655 x 535 x 270 mm
Berat: 11.8 kg
Bateri: Lithium-ion 3,800 mAh
Keluasan kawasan kerja: 3,000 meter persegi
Kalis air: IPX4
Keupayaan mendaki cerun: 25 darjah
Harga: JPY 568,150 (RM16,897)

Grass Miimo HRM4000 Live


Dimensi: 690 x 555 x 300 mm
Berat: 14.5 kg
Bateri: Lithium-ion 5,700 mAh
Keluasan kawasan kerja: 4,000 meter persegi
Kalis air: IPX5
Keupayaan mendaki cerun: 25 darjah
Harga: JPY 678,700 (RM20,184)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here