Roush hasilkan kit supercharger untuk Ford Mustang GT (2024), kuada cecah 810hp

131

Ford Mustang GT (2024) keluaran kemudahan di Flat Rock, Michigan dibekalkan dengan kuasa 486hp dan tork 567Nm.

Output berkenaan masih tidak cukup?, pemilik boleh meningkatkan kuasa jentera  menerusi kit supercharger Limited Edition Phase 2 dari Roush Performance.

Ford Mustang GT 2024

Menurut Roush, dengan kit supercharger berkenaan enjin 5.0 liter V8 Mustang GT itu mampu menjana kuasa sebanyak 810hp dan tork 853Nm.



Ini secara tidak langsung meletakkannya sebaris dengan kereta Ford paling berkuasa setakat ini iaitu Mustang GTD.

Unit supercharger itu dibina berasaskan supercharger Eaton TVS R2650 dan dilengkapi inlet depan, intercooler berkembar dan pulley 84mm, membolehkan ia menjana boost puncak mencecah 13 psi pada 7,500 rpm.

Bukan itu sahaja, kit tersebut turut merangkumi palam pencucuh Ford Performance, pam intercooler Bosch PCE, penukar haba, rel bahan api billet dan penyuntik bahan api kon berkembar.

Seperti yang boleh dilihat, supercharger itu mempunyai penutup berwarna merah bersama nama pengasas Roush Performance yang juga merupakan bekas jurutera enjin di Ford dan pelumba iaitu Jack Roush.

Kit supercharger Limited Edition Phase 2 itu kini boleh didapati di pasaran pada harga USD9,995 (RM46,855). 

Difahamkan, Roush turut akan menawarkan kit Phase 2 standard dan Phase 1 yang menawarkan kuasa yang lebih rendah. Ia boleh digunakan pada versi automatik dan manual.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here