Pinjaman sewa beli perlu disingkatkan kepada 7-tahun elak beli kereta luar kemampuan

1026

Bayaran deposit pinjaman bank sebanyak 10 peratus bagi sewa beli kenderaan dapat menangani isu kereta terpaksa dilelong kerana gagal melunaskan ansuran bulanan.

Laporan Sinar Harian, Pakar Kewangan, Shamsuddin Kadir berkata tempoh pinjaman juga wajar disingkatkan daripada sembilan kepada tujuh tahun bagi memastikan pembeli tidak memilih kereta lebih besar yang di luar kemampuan.



“Kalau pembeli sudah bayar wang pendahuluan 10 peratus dan mereka telah membayar ansuran bulanan pinjaman dengan baik dalam tempoh tertentu, bank pun ada budi bicara dan tidaklah terlalu tegas untuk lelong kereta mereka.

“Tempoh pinjaman juga perlu dipendekkan ke lima atau tujuh tahun. Ini kerana bila dibuat sembilan tahun, orang akan ambil kereta yang dia tak mampu nak bayar. Dia akan ambil kereta yang lebih besar,” katanya.

Sebelum ini, muncul dakwaan berkaitan peningkatan jumlah kereta lelong pada tahap menggerunkan yang mana ribuan unit kereta ditarik bank dalam sebulan.

Ia termasuk kenderaan baharu dengan majoriti kereta yang terpaksa dilelong adalah milik pembeli yang membuat pinjaman penuh.

Pada 12 Julai lalu, akhbar tempatan itu melaporkan jualan kereta dijangka menurun susulan ura-ura penghapusan pinjaman penuh terhadap pembelian kenderaan.

Bagaimanapun Shamsuddin berkata, pinjaman penuh bukanlah sebab utama pembeli gagal melunaskan ansuran bulanan tetapi disebabkan salah urus pendapatan.

Menurutnya, bank tidak akan memberikan pinjaman kepada individu yang tidak mampu untuk membuat bayaran balik.

“Kalau pendapatan mereka dikira tak mampu untuk buat bayaran balik, bank tak akan luluskan pinjaman,” jelasnya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here