Xiaomi ingin cabar Porsche Taycan Turbo GT dengan SU7 Ultra

167

Xiaomi memperkenalkan SU7 Ultra, sebuah model konsep berasaskan model SU7 yang direka khusus untuk menewaskan Porsche Taycan Turbo GT di Nurburgring.

Perkara pertama yang dilakukan oleh Xiaomi untuk mencapai sasaran itu adalah memberikan SU7 Ultra kit aerodinamik yang merangkumi bampar acah kereta lumba touring, dapra lebar dan spoiler yang besar.



Menurut syarikat komunikasi itu, kit tersebut mampu menjana downforce sehingga 2,145kg.

Bukan itu sahaja, kesemua 24 panel badan SU7 Ultra diperbuat daripada gentian karbon. Ini memberikannya berat keseluruhan sekitar 1,900kg, lebih ringan berbanding BMW M5 (F90), Tesla Model S Plaid (Track Package) dan Porsche Taycan Turbo GT (Weissach Package).

Jentera elektrik ini dipacu bukan satu, bukan dua tetapi tiga motor elektrik yang menjana kuasa keseluruhan berjumlah 1,527hp. Angka itu 435hp lebih tinggi berbanding Taycan Turbo GT dan +279hp  berbanding Zeekr 001 FR.

Xiaomi mendakwa rekaan terbarunya itu boleh memecut dari 0-100kmj dalam 1.97 saat, 0-200kmj dalam 5.97 saat dan 0-300kmj dalam 15 saat. Kelajuan maksimum pula adalah 350kmj.

Dengan prestasi yang mengagumkan itu, sudah tentu ia memerlukan sistem brek yang cukup kuat. Untuk itu, Xiaomi menggunakan brek AP Racing yang dikatakan boleh membantu SU7 Ultra berhenti dari kelajuan 300kmj dalam hanya 15 saat.

Ketiga-tiga motor elektrik tersebut mendapat sumber tenaga daripada pek bateri CATL Qilin 2.0 yang mempunyai kadar discaj 1,330kW.

Difahamkan, SU7 Ultra akan melakukan percubaan memecah rekod di Nurburgring pada Oktober ini. Sasarannya adalah untuk mengalahkan catatan 7 minit 7.55 saat yang direkodkan oleh Taycan Turbo GT dan 7 minit 25.23 saat milik Model S Plaid.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here