Nissan mahu hidupkan semula nama ikonik Silvia

299

Di bawah Gazoo Racing, Toyota sedang berusaha menghidupkan beberapa nama ikonik era 80-an dan 90-an seperti MR2 dan Celica sebagai satu penghargaan kepada para peminat dan pencinta model berprestasi tinggi.

Nampaknya Nissan bakal mengikuti langkah sama yang mana pengeluar yang terkenal dengan model Z dan GT-R itu merancang untuk memberikan ‘roh baharu’ pada model Silvia.



Bercakap kepada Top Gear, Naib Presiden Strategi Produk Global, Evan Espinosa mengakui peminat Nissan seluruh dunia berpeluang mendapatkan Silvia baharu.

Espinosa menjelaskan bagi merealisasikan idea yang tidak masuk akal itu, Silvia baharu akan diposisikan di bawah GT-R (dan Z) dengan kuasa yang sepadan dan pada harga yang tepat sekaligus menjadi produk yang bakal mencuri perhatian. 

Kehadiran generasi baharu Silvia mampu menarik golongan pembeli muda yang mungkin keberatan membelanjakan sejumlah wang untuk model yang lebih mahal seperti Z atau GT-R, selain memberikan saingan kepada Toyota.

Namun, masalah utama yang Nissan perlu akui ialah Silvia tergolong dalam pasaran yang kecil, agak sukar untuk mewujudkan perniagaan berdaya maju dengan hanya bergantung kepada pangkalan pelanggan yang terhad.

Mahu atau tidak, Nissan perlu berusaha menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak (mungkin Mitsubishi?), sama seperti Toyota dan BMW bagi menghidupkan GR Supra dan Subaru (GR86).

Walaupun Silvia dilapor akan membuat kemunculan semula, masih belum dapat dipastikan ia bakal mengggunakan enjin pembakaran dalaman atau sebaliknya. Mengambilkira sebelumnya Nissan mendedahkan tidak akan melabur duit untuk ICE.

Realitinya, Nissan sendiri agak perlahan mengemas kini barisan produk kereta sportnya, misalnya Nissan 370Z dijual untuk tempoh 13 tahun sebelum Nissan Z generasi baharu tiba dan Nissan GT-R R35 yang sudah berusia 17 tahun.

Apa yang boleh dilakukan oleh Nissan adalah menyemak semula model konsep Nissan IDx yang diperlihatkan pada acara Tokyo Motor Show (2013). 

Menurut Nissan, IDx merupakan jawapan kepada kegilaan para penala terhadap model RWD yang sangat popular pada ketika itu dan menyasarkan model seperti Hyundai Genesis coupe dan Toyota GT86/Subaru BRZ/Scion FR-S.

Sayang sekali, model IDx masih sekadar model konsep waima terdapat ura-ura  pengeluar itu sedang mempertimbangkan pelan merealisasikan IDx menjadi sebuah model produksi sebenar.

“Harapnya, Nissan tidak tergamak untuk meletakkan plat nama Silvia pada SUV seperti yang pernah dilakukannya pada 2009 menerusi model Nissan Skyline Crossover…”

GALERI

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here