Pesawat terhempas ketika berlepas, hanya juruterbang selamat

301

Sebuah pesawat kecil terhempas ketika berlepas dari lapangan terbang di Kathmandu, Nepal pada Rabu, mengorbankan 18 orang penumpang. 

Hanya juruterbang penerbangan Saurya Airlines yang terselamat dan mengalami kecederaan parah, kata pihak berkuasa.



Pesawat itu berlepas pada jam  11:11 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan menuju ke Pokhara, bandar kedua terbesar Nepal dan destinasi pelancongan Himalaya, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal dalam satu kenyataan.

Pesawat itu kemudian membelok ke kanan sebelum terhempas di sebelah timur landasan dan terbakar. Bagaimanapun, puncanya kejadian masih dalam siasatan. 

Antara yang maut ialah pembantu juruterbang dan seorang kanak-kanak, kata pihak berkuasa penerbangan.

Seorang penumpang berasal dari Yaman, manakala seorang lagi warga Nepal. Gambar tapak nahas dari media tempatan menunjukkan serpihan pesawat bertaburan hangus terbakar.

REKOD KESELAMATAN LEMAH

Sektor penerbangan Nepal mempunyai rekod keselamatan yang lemah dengan rentetan kemalangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang mengorbankan puluhan orang.

Antara kerana topografi yang sukar, bergunung-ganang dan keadaan cuaca tidak menentu yang menjadi punca nahas kapal terbang yang kerap berlaku di negara itu, menurut pakar.

Sesetengah pakar juga mengatakan kerajaan gagal mengawal selia industri dengan betul. Kerajaan Nepal bertanggungjawab untuk mengawal selia pesawat dan mengendalikan lapangan terbang, yang menurut pengkritik menimbulkan konflik kepentingan.

Pada Januari tahun lalu, sebuah penerbangan Yeti Airlines terhempas di Pokhara ketika cuba mendarat di lapangan terbang yang baru dibina yang mana 72 orang terkorban.

Penyiasat kemudian berkata nahas itu disebabkan oleh juruterbang menarik tuil yang salah semasa cuba mendarat, menukar sudut kipas dan bukannya kepak sayap.

Pada Mei 2022, sebuah lagi pesawat milik Tara Air, anak syarikat Yeti Airlines terhempas di kawasan pergunungan semasa terbang dari Pokhara ke Jomsom, sebuah perkampungan tinggi di Himalaya, mengorbankan kesemua 22 penumpang di dalamnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here