Suami isteri maut dirempuh Toyota Hilux langgar lampu isyarat merah

1130

Pasangan suami isteri maut manakala dua anak cedera selepas Proton Wira dinaiki dirempuh Toyota Hilux di KM350 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat lampu isyarat Lingkaran Tengah Utama (LTU) Batu 3, Jalan Lipis, Raub. 

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam pada Khamis itu, Muhamad Anasar Kamarozaman, 34 yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan Zalina Ali, 40, meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat.



Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika Proton Wira yang dinaiki pasangan itu bersama dua anak perempuan berusia 15 dan 20 tahun dari arah susur keluar CSR Raub menuju ke Dong.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, selepas lampu isyarat bertukar hijau Proton Wira itu meneruskan perjalanan lalu secara tiba-tiba datang Toyota Hilux dari arah Lipis hendak ke Raub dan melanggar Proton Wira dari arah tepi kanan.

“Anak mangsa yang berusia 15 tahun patah kaki dan seorang lagi mengalami kecederaan ringan dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk menerima rawatan,” jelasnya. 

Sementara, pemandu Toyota Hilux iaitu lelaki berusia 40 tahun  mengalami kecederaan di mata kiri dan dada.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu Toyota Hilux melanggar lampu isyarat merah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here