Sejak beroperasi, enam bantal kereta api Whoosh Indonesia dicuri penumpang

334

Sebanyak enam bantal kereta api laju Whoosh Indonesia dicuri penumpang sejak mula beroperasi hujung tahun lalu sehingga Julai 2024.

Menurut Pengurus Komunikasi Korporat KCIC, Emir Monti, bantal itu merupakan fasiliti yang terdapat pada perehat kepala kerusi kelas premium ekonomi.



“Berdasarkan penelitian pada 44 kamera tertutup (CCTV) yang tersedia pada setiap rangkaian kereta api, terdapat penumpang yang sengaja menanggalkan bantal dari sandaran kerusi.

“Dari beberapa kes terdapat juga pesalah diduga dengan sengaja mengambil bantal tersebut,” katanya.

Pada kejadian terakhir pada 11 Julai lalu, kereta api Whoosh nombor G1247 laluan Halim-Tegalluar, kakitangan kereta api mendapati satu bantal kerusi premium ekonomi di kabin nombor enam telah hilang.

HUBUNGI PENUMPANG PULANGKAN KEMBALI

“KCIC langsung menjalankan pemeriksaan CCTV dan data penumpang. Saat ini data penumpang sudah didapatkan dan akan dikenakan tindakan lanjut sesuai prosedur,” katanya.

Tambah beliau kehilangan bantal tersebut menyebabkan pihak pengurusan mengeluarkan kos operasi tambahan bagi penggantian sedangkan ia boleh digunakan untuk kemudahan yang lain.

“Bantal ini juga direka dengan spesifikasi khusus yang memiliki teknologi tinggi. Bantal serta kerusi penumpang memiliki bahan yang tahan api sehingga dalam keadaan darurat, pelbagai potensi bahaya dapat diminimumkan.

“Meskipun kecil, kejadian ini cukup merugikan perusahaan dan penumpang lainnya,” jelasnya.

Sementara itu, Detik News melaporkan pihak pengurusan akan menghubungi penumpang yang mengambil bantal tersebut untuk memulangkan semula barang yang telah diambil dan memohon maaf.

“Terakhir kerana ada data (penumpang) kami telepon. Kemudian yang bersangkutan datang mengembalikan dan menyampaikan permohonan maafnya,” kata Setiausaha Korporat PT KCIC, Eva Chairunisa.

Eva mengatakan mereka juga membuat perjanjian tidak akan mengulangi perbuatan tersebut dan mereka diminta datang untuk mengembalikan bantal bersama keluarga.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here