#Spyshot : BYD Denza D9 dikesan jalani ujian, bakal lancar di Malaysia?

332

Seorang pengguna media sosial berkongsi imej dipercayai MPV Denza D9 yang dikesan sedang mengecas bateri di sebuah stesen pengecas.

Bagaimanapun, pemilik akaun Facebook Akmal Azmi itu tidak berkongsi lokasi imej intip tersebut dirakamkan. 

MPV berkenaan sudahpun dipamerkan di negara jiran Thailand dan Indonesia. Pihak PT BYD Motor Indonesia menerima tempahan MPV asal China itu walaupun harga rasmi masih belum diumumkan. 



Pelanggan Indonesia dijangka bakal menerima BYD Denza D9 itu bermula tahun depan menerusi varian elektrik (BEV).

Mac lalu, MPV Denza D9 menerima naiktaraf di pasaran China yang dijual pada harga bermula daripada RM221,000.

TAWARAN BEV DAN PHEV

Denza merupakan jenama kerjasama antara BYD dan Mercedes-Benz yang mana MPV itu ditawarkan menerusi varian BEV dan PHEV. 

Di China, barisan PHEV didatangkan dengan tiga varian menggunakan enjin 1.5 turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 139PS dan tork 231Nm lalu dipadankan dengan motor elektrik (231PS/340Nm) pada bahagian depan.

Manakala AWD pula dilengkapi dengan motor elektrik kedua pada gandar belakang berkuasa 61PS dan tork 110Nm.

Sementara model BEV ditawarkan menerusi dua varian iaitu EV 620 dan EV 600. Varian EV 620 didatangkan dengan motor elektrik  berkuasa 313PS dan tork 360Nm.

Varian EV 600  dilengkapi dengan dua motor elektrik yang mana pada gandar belakang memiliki output 374PS dan tork 470Nm. Kedua-dua varian didatangkan dengan bateri 103.36 kWh.

Sekali cas penuh, EV 620 mampu menawarkan jarak pemanduan sejauh 620km manakala EV 600 pula sejauh 600km.

Dari segi luaran, Denza D9 dipadankan dengan rekaan gril acah air terjun dan versi PHEV pula memiliki gril potongan berlian yang besar. Bahagian belakang mempunyai satu unit lampu lebar.

Masuk ke kabin, D9 dilengkapi dengan sistem infotainmen skrin sentuh terapung 15.6 inci dan panel instrumen LCD 10.25 inci. Tidak seperti BEV lainnya, Denza D9 memiliki dua port pengecasan pantas. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here