Terengganu belum terima RM367.15 juta baki bayaran royalti petroleum

230

Kerajaan negeri masih belum menerima baki royalti petroleum sebanyak RM367.15 juta daripada keseluruhan RM792.32 juta yang diluluskan kerajaan Pusat sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sehingga Julai tahun ini sejumlah RM425.17 juta direkodkan sebagai terimaan royalti atau wang ehsan daripada kerajaan Persekutuan itu dalam akaun negeri.



“Hasil rundingan yang dibuat dengan kerajaan Persekutuan sebelum ini, kerajaan negeri berjaya mendapatkan kelulusan wang royalti berjumlah RM792.32 juta.

“Sehingga Julai ini, kerajaan negeri masih belum menerima baki bayaran sebanyak RM367.15 juta,” katanya ketika sesi soal jawab lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, pada Isnin.

Tambah beliau, berdasarkan anggaran secara keseluruhan, wang royalti yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri pada lalu dan tahun ini masing-masing sebanyak RM1.524 bilion.

Bagaimanapun, kerajaan negeri hanya menerima sejumlah RM802.18 juta sepanjang tahun lalu.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here