Royal Enfield Himalayan serba baharu, harga bermula RM30,600

152

Royal Enfield secara rasminya melancarkan motosikal pengembaraan, Himalayan serba baharu untuk pasaran Malaysia.

Himalayan membuktikan dirinya berkali-kali sebagai motosikal yang ideal untuk menunggang pengembaraan di pergunungan yang luar biasa ini.



Ia menjadi motosikal pilihan penjelajah di seluruh dunia menunggang untuk merentasi pelbagai lokasi dan rupa bumi.

Himalayan serba baharu kini menggunakan rangkaian kuasa bersepadu kenderaan terbaharu, paling ringan dan paling berteknologi canggih milik Royal Enfield.

Enjin baharu yang lebih berkuasa

Ia menggunakan enjin penyejuk cecair Sherpa 450 dan mempunyai pelbagai ciri teknologi yang dipertingkatkan dan ditambah baik.

Kini enjin itu lebih kuasa dan tork sekali gus memberikan prestasi rpm rendah yang sangat baik dan kekal dengan watak Royal Enfield.

Dengan kuasa maksimum 40.02 PS pada 8000 rpm, dan tork maksimum 40Nm pada 5500 rpm, enjin Sherpa 452cc baharu menghasilkan 90 peratus tork daripada 3,000rpm ke atas.

Penunggang boleh memilih antara mod tunggangan Performance dan Eco, mengubah tindak balas pendikit. ABS belakang boleh ditutup untuk pengalaman tunggangan luar jalan yang lebih menarik.

Himalayan baharu mempunyai pelepasan tanah yang lebih tinggi membolehkan penunggang mengatasi lebih banyak rupa bumi tanpa terkena casis.

Bingkai baharunya meningkatkan prestasi dan kestabilan selekoh, selain menggunakan suspensi hadapan Showa.

Himalayan masih mengekalkan kombinasi rim roda 21 inci di hadapan, manakala belakang 17 inci belakang dengan rim aloi aluminium yang baru.

Tangki bahan api 17 liter

Bahagian belakang tangki bahan api 17 liter baharu dikecilkan untuk memberikan kelegaan lutut yang lebih selesa ketika menunggang. 

Tempat duduk penunggang dan pembonceng jenis split membolehkan tempat duduk penunggang dilaraskan sehingga 20mm. Selain tempat duduk standard, terdapat tempat duduk rendah sebagai pilihan. 

Penggunaan meter TripperDash baharu yang menawarkan navigasi peta penuh pertama di dunia pada paparan bulat yang dibina dengan Platform Peta Google.

Selain itu, lebih 30 aksesori tulen baharu yang menarik untuk dipilih untuk Himalayan. Aksesori Adventure merangkumi kotak bagasi aluminium, skrin pengembaraan lebih tinggi, tempat duduk pengembaraan dan lampu kabus LED. 

Aksesori Rall pula membabitkan aksesori beg lembut Rackless, Rally Handguards, Sump Guard dan Headlight Guard memberikan perlindungan terbaik untuk kawasan yang lebih ekstrem.

Royal Enfield Himalayan tawar lima pilihan warna dengan tiga varian, ia harganya:

  • Royal Enfield Himalayan Base – Bermula RM30,600
  • Royal Enfield Himalayan Pass – Bermula RM31,100
  • Royal Enfield Himalayan Submit – Bermula RM31,500
  • Royal Enfield Himalayan Submit (Tubeless) – RM32,200

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here