Nissan GT-R (R36) akan jadi “Godzilla” sebenar

277

Mungkin pada masa ini ramai ternanti kehadiran model pengganti Nissan GT-R (generasi R35), memandangkan supercar V6 tersebut sudah lama berada di pasaran tanpa pembaharuan signifikan.

Menurut laporan terkini Top Gear UK, Naib Presiden Jabatan Rekaan Nissan Eropah, Matthew Weaver memberitahu GT-R berikutnya akan menjadi model kesinambungan daripada versi terdahulu.

“Sekiranya ia sebuah model pengganti GT-R, para pelanggan dan peminat ingin mengetahui sama ada model tersebut masih lagi sebuah GT-R.



“Berkenaan dengan GT-R, ia perlu dibuktikan dalam setiap aspek iaitu aerodinamik, kelajuan, prestasi. Itu yang akan menentukannya.

“(Nissan) GT-R bukanlah direka untuk memenangi pertandingan kecantikan, ia adalah sebuah mesin yang sangat berfungsi,” katanya menambah jenama itu perlu membuatkan model itu dikenali oleh peminatnya.

Tambah beliau, Nissan akan memastikan elemen “Godzilla” masih wujud pada model GT-R generasi R36.

Nissan sebelum ini memperlihatkan model pengganti GT-R menerusi pengenalan model konsep Hyper Force pada acara Japan Mobility Show (2023).

Ia bukan sahaja agresif dan membawakan elemen daripada R35 dan model-model terdahulu, Hyper Force dilapor mempunyai tetapan beberapa motor elektrik berkuasa sehingga 1,341 hp, jauh lebih berkuasa berbanding Nissan GT-R sedia ada.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here