Polis rakam keterangan bapa remaja pandu Perodua Viva

133

Bapa kepada kanak-kanak lelaki yang tular memandu Perodua Viva sekitar taman perumahan tampil memberi keterangan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki memandu Perodua Viva dengan membawa dua adiknya di Taman Putra Impiana, Puchong pada Isnin jam 6.30 petang.



Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Ahad, sekitar jam 8 malam apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun memandu kereta milik bapanya dengan membawa dua adiknya berusia empat dan enam tahun.

“Waris yang merupakan bapa dan pemilik kenderaan berjaya dikesan oleh pihak polis.

“Dia telah tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang berhubung kejadian tersebut,” katanya.

Wan Kamarul berkata, bapa dan kanak-kanak tersebut tiba di IPD Sepang sekitar jam 11 malam pada Isnin.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih diteruskan oleh pihak polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi IPD Sepang,” ujarnya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan polis menyiasat rakaman video tular seorang kanak-kanak lelaki memandu kereta dengan membawa dua kanak-kanak di sebuah kawasan taman perumahan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here