Mitsubishi bentuk pakatan baharu dengan Honda dan Nissan

121

Industri automotif Jepun bakal menyaksikan satu lagi pakatan antara Mitsubishi Motors, Honda dan juga Nissan bagi memfokuskan kepada perisian kepintaran buatan (AI) dan kenderaan elektrik (EV).

Menurut laporan Nikkei Asia, pakatan baharu yang diumumkan Honda dan Nissan pada Mac  lalu itu dilihat mampu membantu Mitsubishi dalam mengurangkan kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) EV.

Selain itu, ketiga-tiga syarikat boleh bekerjasama untuk menyeragamkan perisian yang dapat mengawal fungsi-fungsi dalam kenderaan, selain menumpukan perhatian kepada pembangunan EV serta kereta kecil (kei car).



Mitsubishi dan Nissan sudah pun menjadi sebahagian daripada pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi yang mana ia sepatutnya memudahkan rundingan untuk membentuk pakatan baharu.

Melihat kepada perkembangan terbaharu, industri automotif Jepun secara rasmi terbahagi kepada dua kem utama, iaitu Honda-Nissan-Mitsubishi diikuti kerjasama antara Toyota, Subaru dan juga Mazda untuk membangunkan enjin pembakaran dalaman generasi baharu.

Menerusi kerjasama ini, para pengeluar Jepun dilihat dapat bersaing dengan jenama-jenama EV seperti Tesla dan beberapa jenama automotif China.

Untuk makluman, jumlah jualan kenderaan tahunan bagi tiga jenama (Mitsubishi, Honda, Nissan) ialah sekitar 8.35 juta unit, atau separuh daripada jumlah jualan keseluruhan bagi kumpulan Toyota, Daihatsu, Suzuki, Subaru dan Mazda, iaitu sekitar 16 juta unit.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here