Jumlah penumpang kereta api laju Indonesia tidak capai sasaran

1543

Kereta api laju Whoosh Indonesia sehingga kini masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) sebanyak 31,000 penumpang sehari.

Pengurus Besar Setiausaha Korporat (KCIC), Eva Chairunisa berkata sehingga kini kereta api laju Whoosh telah menjual lebih daripada 4.2 juta tiket sejak beroperasi 17 Oktober 2023.



Bagaimanapun, jumlah penumpang Whoosh dikatakan berada di bawah sasaran KCIC.

“Berdasarkan unjuran Pusat Pengujian, Pengukuran, Pelatihan, Observasi dan Layanan Rekayasa Universiti Indonesia (Polar UI), PT KCIC menyasarkan sekitar 31,000 penumpang per hari. 

“Jumlah penumpang Whoosh saat ini baru mencapai sekitar 50 peratus daripada sasaran.  Sasaran tersebut ditetapkan untuk jumlah perjalanan 68 KA per hari. Sekarang (untuk Disember) perjalanan baru 40 KA per hari,” jelasnya.

PURATA PENUMPANG SEHARI 16,000

Tambah beliau, secara purata penumpang harian Whoosh antara 16,000 hingga 18,000 manakala pada hujung minggu jumlah penumpang boleh mencapai 18,000 hingga 22,000.

Peningkatan volum tertinggi pengguna kereta api tersebut adalah pada 5 Julai lalu yang mana merekodkan sebanyak 24,000 penumpang sehari.

“Pada hujung minggu, perjalanan Whoosh didominasi oleh penumpang keluarga bersama anak-anak yang ingin bercuti ke Bandung mahupun Jakarta,” katanya. 

Eva menyatakan jumlah pelanggan yang mencapai 70 hingga 80 peratus merupakan angka yang sangat baik. Bahkan KCIC optimis jumlah penumpang akan terus bertambah pada masa akan datang. 

Jumlah perjalanan Whoosh akan terus bertambah tahun ini daripada 14 laluan biasa sehari pada Oktober lalu menjadi 48 sehari pada Mei tahun ini.

Justeru itu, KCIC menyasarkan jumlah perjalanan kereta api Whoosh mencapai sehingga 62 sehari pada awal tahun depan.

Whoosh merupakan perkhidmatan kereta laju pertama Indonesia di bawah Projek Strategi Nasional (PSN).

Dana projek tersebut melibatkan 75 peratus pinjaman China Development Bank manakala 25 peratus modal pemegang saham iaitu gabungan PT Pilar Sinergi BUMN Indonesia (60 peratus) dan Beijing Yawan HSR Co. Ltd. (40 peratus).

Pada 2 Oktober 2023, Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo merasmikan kereta api laju tersebut di Stesen Halim, Jakarta dengan memilih nama Whoosh (Waktu Jimat, Operasi Optimum dan Sistem Hebat). 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here