Skandal ujian keselamatan, 7 lagi model Toyota terjejas termasuk Harrier dan Lexus LM

556

Buat pertama kalinya, Toyota Motor Corporation telah menerima perintah henti (correction order) daripada kerajaan Jepun berhubung skandal penyelewengan prosedur ujian pensijilan kenderaan, lapor akhbar Jepun Mainichi.

Pihak Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan menemukan penyelewengan baharu melibatkan tujuh model lain daripada tujuh model yang dilaporkan oleh Toyota sebelum ini.

Toyota Harrier

Menurut laporan, Toyota didapati tidak mematuhi arahan kerajaan dalam mengendalikan ujian perlanggaran dan ujian lain untuk tiga model yang tidak lagi dikeluarkan serta empat model yang masih lagi dijual termasuk Harrier dan Lexus LM.



Pada 5 Julai lalu, Toyota berkata siasatan dalaman tidak menemukan kes tambahan bagi ketidakaturan ujian kenderaan untuk pensijilan. 

Namun, penyelewengan baharu terbongkar setelah pihak kementerian menjalankan pemeriksaan lanjut di fasiliti Toyota dan situasi itu meletakkan posisi syarikat dalam keadaan yang sukar. 

Menurut Presiden Toyota, Koji Sato pihaknya begitu optimis ketika siasatan dalaman. 

“Pihak syarikat tergesa-gesa merangka langkah-langkah untuk mencegah kejadian berulang,” jelasnya. 

TIDAK PATUH PERATURAN DITETAPKAN KERAJAAN 

Berdasarkan laporan siasatan interim syarikat yang dikeluarkan pada 3 Jun lalu, Toyota menjalankan ujian pensijilan besar-besaran bagi tujuh model yang mana tidak mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan. 

Keadaan itu mendorong pihak kementerian untuk melaksanakan larangan penghantaran untuk tiga model yang sedang dijual di pasaran iaitu Corolla Fielder, Corolla Axio dan Yaris Cross.

Menurut Toyota, pengeluaran ketiga-tiga model itu akan disambung semula pada September ini setelah pihak kementerian mengesahkan tahap keselamatan dan menarik balik larangan tersebut.

Selain Toyota, beberapa syarikat Jepun lain turut menerima arahan henti berhubung skandal penyelewengan keselamatan seperti Hino Motors Ltd, Daihatsu Motor Co. serta Toyota Industries Corp.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here