GWM Haval H6 model pertama CKD di Malaysia, lancar tidak lama lagi

266

GWM Malaysia bakal melancarkan ‘SUV Terlaris di China’ menerusi model Haval H6 pada suku ketiga tahun ini, sekali gus menjadi kenderaan pertama jenama itu yang melakukan pemasangan tempatan (CKD).

Produk CKD sulung GWM Malaysia itu adalah projek kerjasama dengan EPMB, sebuah syarikat pemegangan pelaburan automotif Malaysia.



Penubuhan kilang CKD di Malaysia akan memainkan peranan penting dalam rancangan GWM. Ia adalah untuk mewujudkan kehadiran pasarannya di rantau ASEAN dengan rangkaian infrastruktur jualan, perkhidmatan selepas jualan dan infrastruktur alat ganti yang komprehensif.

Perkongsian strategi berkenaan berusaha untuk menawarkan rangkaian kenderaan berkualiti tinggi yang lebih mampu milik sambil menjana lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Selain itu, GWM Malaysia mengumumkan bahawa juara SUV off-road di China, TANK 300 sudah melebihi lebih daripada 300 tempahan dalam tempoh yang singkat sejak dilancarkan di Malaysia.

Sejak memasuki pasaran Malaysia pada 2022, GWM komited untuk mentakrifkan semula konsep automobil dengan pendekatan inovatifnya untuk menghasilkan kenderaan yang mesra pengguna. 

Video TANK 300 LAYAN OFF-ROAD

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here