Pemegang lesen B1 dan B2 minimum 10 tahun boleh naik kelas B, perlu bayar RM160

976

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyatakan permohonan Program Khas Peralihan (PKP) lesen motosikal Kelas B2 dan B1 kepada B penuh akan dibuka bermula 1 Oktober ini.

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang berada di fasa akhir bagi memperkenalkan PKP termasuk melaksanakan semua perubahan sistem dan penyelerasan dengan pihak sekolah memandu.



“Caj perkhidmatan sebanyak RM160 akan dikenakan kepada calon dan PKP ini tidak mempunyai tempoh masa tamat yang mana akan diteruskan sehingga satu tempoh yang akan ditentu dan dimaklumkan kemudian,” katanya menerusi siaran media. 

Tambah beliau bermula 1 Oktober tiada lagi tawaran lesen memandu kelas B1 dibuka kepada orang ramai.

“Bagi pemegang lesen B1 sedia ada, mereka akan kekal di kategori berkenaan atau boleh menjalani PKP bagi mendapatkan lesen B.

“Kelas B1 juga akan digabungkan dengan kelas B, setelah mengambil kira permintaan lesen memandu B1 adalah terlalu rendah pada setiap tahun kerana orang ramai akan terus memilih mendapatkan kelas B sahaja,” jelasnya.

PROGRAM KHAS PERALIHAN (PKP) 

Bagi pemegang lesen memandu kelas B1 dan B2 yang ingin menyertai PKP bagi mendapatkan lesen B, berikut syarat yang perlu dipenuhi:

  • Individu memegang lesen B1 dan B2 secara aktif minimum selama 10 tahun. Syarat ini bagi memastikan tahap kompetensi dan pengalaman tunggangan motosikal bagi mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar.
  • Pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333.
  • Pengesahan sihat tubuh badan, fizikal, minda secara deklarasi kendiri oleh individu.
  • Menghadiri dan lulus program peralihan dan penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di sekolah memandu melibatkan program amali tunggangan, informasi tunggangan selamat dan informasi tunggangan/pengoperasian motosikal berkuasa besar untuk tempoh 2 jam.
  • Pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh Qualified Training Officer (QTO) di sekolah memandu. Ini amat penting bagi memastikan tahap kompetensi dan keupayaan seseorang mengendalikan motosikal berkuasa besar demi meningkatkan tahap keselamatan pemanduan individu tersebut.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here