Potong harga drastik, pemilik sedia ada lakukan bantahan terhadap BYD Fang Cheng Bao

568

Pada 29 Julai lalu, jenama off road di bawah BYD, Fang Cheng Bao mencetuskan gelombang dalam pasaran automotif China gara-gara menawarkan potongan harga CNY50,000 (RM31,259) bagi model Bao 5.

Pengurangan harga sekitar 20 peratus itu menjadikan harga jualan terkini Bao 5 adalah CNY239,800 (RM149,905) berbanding CNY302,800 (RM189,289) sebelumnya.



Dilancarkan pada November lalu, Bao 5 bergelut untuk bersaing dengan siri Tank yang mendominasi pasaran.

Potongan harga yang berani itu disokong dengan kemas kini rangkaian pengedar yang ketara dan pengambilan wakil jualan luar pertama jenama itu dalam tempoh lima tahun.

Ia menandakan satu langkah yang mengubah permainan Fang Cheng Bao dalam segmen off road yang sangat kompetitif.

Bagaimanapun, tindakan tersebut tidak diterima dengan baik terutamanya pelanggan sedia ada. Ada antara pemilik telah membuat laporan dan bantahan di pusat jualan.  
 
Pelanggan berkenaan membawa sepanduk yang bertulis “Tunggu tiga bulan untuk penghantaran, Fang Cheng Bao potong harga CNY50,000 dalam sehari, lebih baik beli Tank”.
 
Namun, pemain industri skeptikal dengan potensi peningkatan jualan dalam pasaran off road yang niche susulan pengurangan harga berkenaan.
 
Sementara, segmen tenaga baharu off road sedang meningkat. Misalnya Deepal G318 yang baru memasuki pasaran pada harga CNY175,900 (RM109,964). 
 
Ia menawarkan dua motor pacuan semua roda dan differential lock pada gandar belakang. Varian lebih atas pula dilengkapi dengan suspensi udara dan peredam CDC yang dijual pada harga CNY229,900 (RM143,727).
 
GWM Tank 300

Pemotongan harga Fang Cheng Bao secara langsung mencabar siri GWM Tank, terutamanya model popular Tank 300. Great Wall Tank kekal sengit dengan pangkalan pelanggan setia.

Ramai yang percaya Bao 5 tidak mendapat sambutan kerana tanda harga yang tinggi walaupun menawarkan penggunaan bahan api lebih rendah dan boleh menggunakan RON92.

Masih belum dapat dipastikan sama ada Fang Cheng Bao akan membayar pampasan kepada pelanggan sedia ada yang kecewa dengan pemotongan harga tersebut. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here