JPJ tahan 21 pemandu lori positif dadah

84

Seramai 21 orang pemandu kenderaan perdagangan disahkan positif dadah ketika empat hari operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula Khamis.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata dalam operasi tersebut seramai 276 pemandu kenderaan perdagangan menjalani ujian saringan air kencing.

“Dalam tempoh empat hari sahaja, sebanyak 21 pemandu kenderaan perdagangan iaitu pemandu lori dan treler disahkan positif dadah.



“Jumlah yang diperoleh itu satu statistik yang sangat membimbangkan dan boleh membahayakan pengguna jalan raya. Tindakan tegas akan diambil dan tiada kompromi kepada mereka,” katanya.

Dalam operasi berkenaan, JPJ melakukan pemeriksaan sebanyak 42, 343 kenderaan perdagangan dan sebanyak 3,725 kenderaan perdagangan telah diambil tindakan.

“Sebanyak 28 buah kenderaan disita dan 9,088 notis dikeluarkan bagi kenderaan perdagangan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata operasi bersepadu melibatkan bas ekspres dan pelancongan selama sebulan bermula 2 Julai lalu telah memeriksa sebanyak 19,456 buah kenderaan.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 667 kenderaan telah diambil tindakan dan sebanyak 14 buah disita manakala 809 notis dikeluarkan dan sejumlah 434 diarah menjalani pemeriksaan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here