Gerakan gesa kerajaan kawal harga lesen memandu

147

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa Kementerian Pengangkutan (MOT) mengambil tindakan segera terhadap kos pengambilan lesen memandu yang didakwa semakin meruncing di Malaysia.

Menurut Naib Ketua Pemudanya, Goh Tee Long, situasi itu menimbulkan kebimbangan bagi golongan berpendapatan rendah yang semakin terhimpit dengan kos kehidupan yang tinggi dalam era pentadbiran kerajaan hari ini.



“Saya memohon agar Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan memberi perhatian serius terhadap isu ini,” katanya. 

Menurutnya lagi, baru-baru ini tular satu hantaran dimuat naik suami kepada seorang selebriti tanah air mengenai sebuah syarikat kelas memandu mengenakan bayaran lebih RM3,000 untuk lesen memandu kereta.

“Individu yang memuat naik itu boleh dikategorikan sebagai T20 ataupun mempunyai kemampuan pun mengeluh. Bayangkan golongan B40 dan M40 apa perasaan mereka,” jelasnya.

Tambah beliau, amat penting bagi kerajaan untuk campur tangan dan memastikan harga bagi mendapatkan lesen memandu adalah berpatutan dan tidak membebankan rakyat, terutamanya golongan B40 dan berpendapatan sederhana.

Beliau juga mencadangkan kerajaan memperluaskan insentif atau subsidi sedia ada kepada lesen kereta, GDL dan buat yang kurang kemampuan sekiranya tidak dapat mengawal harga dengan segera.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here