#TahukahAnda: Menara di China ini pemegang rekod lif terpantas di dunia, bukan Burj Khalifa

161

Tidak ramai yang akan merakamkan pengalaman menggunakan lif kerana situasi itu dilalui oleh kebanyakan pengguna terutamanya mereka yang bekerja di pejabat mahupun tinggal di rumah bertingkat. 

Namun, pernahkah anda menggunakan lif terpantas di dunia. Menara tertinggi dunia, Burj Khalifa mengambil masa 1 minit ke tingkat 124. Namun, ia bukanlah pemegang rekod lif terpantas di dunia.



Rekod tersebut dipegang oleh Menara Shanghai China yang merupakan bangunan tertinggi ketiga di dunia.

Menara Shanghai setinggi 632 meter itu hanya mengambil masa 55 saat untuk tiba ke tingkat 118. 

Lif berkenaan dipasang pada 2017 rekaan Mitsubishi Electric yang bergerak pada kelajuan 20.5 meter sesaat. Bahkan, ia lebih pantas daripada Usain Bolt yang boleh berlari 40 kaki per saat tetapi sedikit perlahan berbanding Cheetah (95 kaki per saat).

Menurut Mitsubishi, 40 kakitangan terlibat secara eksklusif di lif Menara Shanghai. Pengunjung dibawa ke menara tinjau bangunan dengan lif sepantas kilat yang mana boleh melihat pemandangan tepi laut Shanghai yang tiada tandingan.

Walaupun Burj Khalifa di Dubai adalah bangunan pencakar langit tertinggi di dunia tetapi lif Burj Khalifa hampir tidak boleh bergerak pada separuh kelajuan lif China. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here