Budak 12 tahun pandu Viva mengaku tidak bersalah

218

Seorang kanak-kanak lelaki yang tular memandu Perodua Viva di sebuah taman perumahan di Puchong minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan memandu kereta di bawah umur.

Bagaimanapun kanak-kanak berusia 12 tahun selaku Orang Kena Saman (OKS) itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan dalam prosiding secara tertutup.

Kredit Foto : Utusan Malaysia

Mengikut pertuduhan, kanak-kanak tersebut didakwa telah memandu Perodua Viva di atas jalan di mana umurnya sewaktu kejadian tersebut adalah 12 tahun 3 bulan.



Kesalahan itu dilakukan di bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini pukul 6.30 petang pada 29 Julai lalu mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39(5) akta yang sama.

Di mahkamah sama, bapanya yang merupakan warga Pakistan dan bertaraf Pemaustatin Tetap (MyPR) berusia 53 tahun selaku OKS turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membenarkan anak lelakinya memandu kereta.

Majistret Muhammad Bukhori kemudian membenarkan kanak-kanak itu diikat jamin RM500 manakala bapanya diikat jamin RM2,000.

Terdahulu di Mahkamah Sesyen tertuduh berusia 53 tahun berdepan satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabai dan gagal mengawasi anak lelakinya selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farahin Sasaruddin dan Nor Sabrina Zubari manakala kanak-kanak lelaki itu dan bapanya diwakili peguam Nabilla Rosli.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here