Tesla batal rancangan bina kilang EV di Thailand, tumpu infrastruktur pengecasan

288

Tesla membatalkan rancangan untuk mendirikan kilang pemasangan kenderaan elektrik di Thailand bagi menumpukan perhatian kepada pengukuhan infrastruktur pengecasan.

Menurut laporan akhbar Thailand The Nation, keputusan itu dibuat susulan pemberhentian pasukan eksekutif Tesla yang ditugaskan membuat lawatan ke Thailand tahun lalu.

Menurut sumber, Tesla pada masa ini hanya membincangkan stesen pengecasan yang mana pelan pembangunan kilang yang ditangguhkan itu bukan sahaja di Thailand namun seluruh dunia.



“Mereka tidak akan meneruskan perancangan itu di Malaysia, Indonesia atau mana-mana sahaja kecuali di China, Amerika dan Jerman,” jelas sumber. 

Gambar hiasan

Ini adalah berlawanan dengan pengumuman Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin tahun lalu yang mana Tesla bersedia untuk menjadikan Thailand sebagai hab pembuatan EV jenama itu.

Sebelum ini, Tesla mengumumkan penangguhan plan untuk mendirikan Gigafactory di Mexico disebabkan calon presiden Donal Trump berjanji untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas kenderaan yang dipasang di Mexico.

Gigafactory Tesla yang terletak di Moterrey, Nuevo Leon itu diumumkan pada Mac tahun lalu dan dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2025.

Projek itu sebelum ini berdepan dengan masalah kelewatan serta ketidakpastian, pada September 2023 beberapa syarikat pembekal memperlahankan progres pembinaan kilang tersebut ekoran kebimbangan tidak akan disiapkan tepat mengikut jadual.

Namun pada bulan Oktoer, Tesla mengesahkan penangguhan projek tersebut atas kebimbangan ekonomi.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here