Petronas umum keluar dari Selatan Sudan

517

Petronas Carigali Nile Limited (PCNL), anak syarikat Petronas mengumumkan penarikan keluar operasi di Republik Sudan Selatan.

Keputusan itu diambil susulan tempoh dua tahun inisiatif pelupusan, sejajar dengan strategi pelaburan jangka panjang syarikat di tengah-tengah perubahan persekitaran industri dan peralihan tenaga yang dipercepatkan.

PCNL akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan berkaitan untuk memastikan peralihan yang lancar sambil mengambil kira hak pekerjanya, mengikut undang-undang yang terpakai, perjanjian petroleum serta dasar dan prosedur Petronas.



BERAKHIRNYA USAHA LEBIH DUA DEKAD DI AFRIKA TIMUR

Keputusan untuk keluar dari Sudan Selatan itu juga secara rasmi menandakan berakhirnya usaha Petronas selama lebih dua dekad di negara Afrika Timur yang berdepan satu demi satu krisis itu.

Syarikat minyak dan gas negara itu juga bergelut dengan pemisahan Sudan Selatan daripada Republik Sudan pada 2011 selepas beberapa dekad konflik bersenjata yang mengorbankan lebih dua juta orang.

Perang saudara yang berterusan di Sudan Selatan antara dua puak bersenjata menyaksikan lebih 14,000 orang terkorban di negara itu, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

JUAL KEPADA SAVANNAH ENERGY PLC

Petronas juga mengumumkan bahawa tidak berhasrat untuk mengambil bahagian dalam pusingan pelesenan minyak pertama Sudan Selatan pada 2011, memetik keadaan pasaran yang mencabar dan ia sedang menjalankan kajian semula strategik aset untuk memastikan portfolio syarikat kekal berdaya tahan dan berdaya maju secara komersial.

Pada Disember 2022, Petronas mengumumkan bahawa ia menjual keseluruhan portfolionya di Sudan Selatan kepada Savannah Energy PLC, sebuah syarikat dari Britain.

Aset berkenaan terdiri daripada kepentingan dalam 64 bidang pengeluaran, dengan pengeluaran pertama sejak 1999.

Jika perjanjian itu menjadi kenyataan, Savannah akan memiliki pegangan Petronas dalam tiga syarikat operasi bersama yang mengendalikan Blok 3 dan 7 dengan 40 peratus kepentingan kerja, Blok 1, 2 dan 4 dengan 30 peratus ekuiti, dan 33.9 peratus dalam Blok 5A di Selatan Sudan.

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here