#TahukahAnda : Lapangan terbang ini tidak pernah rekod bagasi hilang selama 30 tahun

679

Lapangan Terbang Singapura dan Doha bersaing antara satu sama lain untuk gelaran ‘terbaik dunia’, namun satu lagi hab penerbangan ini memfokuskan pada pencapaian berbeza.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Jepun

Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (KIX) yang ketujuh paling sibuk di Jepun ini tidak pernah merekodkan kes kehilangan bagasi penumpang sejak pembukaan September 1994.

Di Amerika Syarikat misalnya, Perangkaan Pengangkutan mendakwa bahawa 0.58 peratus daripada keseluruhan bagasi telah disalahurus pada 2023 (angka itu meningkat kepada 0.75 peratus pada bulan paling sibuk iaituJulai 2023).



MENGENDALIKAN 10 JUTA BAGASI TAHUN LALU

Secara purata, setiap tahun rekod kehilangan bagasi bagi penerbangan domestik di Amerika bersamaan dengan 3 juta beg.

Situasi berkenaan tidak berlaku di KIX yang mana tahun lalu sahaja ia mengendalikan 10 juta bagasi penumpang. Bagaimana, KIX mampu mempertahankan rekod tersebut selama tiga dekad?.

Untuk permulaan, kakitangan akan melakukan pemeriksaan secara konsisten bagi memastikan bilangan beg semasa ketibaan sepadan dengan nombor yang direkodkan ketika berlepas.

Kemudian kakitangan akan mencari item tersebut (dalam simpanan kargo pesawat, apron parkir dan bilik penyisihan).

Bahkan, kakitangan yang mengendalikan pemindahan barangan daripada kargo pesawat (sebaik mendarat) menyasarkan penghantaran ke tuntutan bagasi dilakukan dalam masa 15 minit.

Bukan itu sahaja, kru lapangan terbang juga tidak akan meletakkan barangan mudah rosak pada penghantar bagasi sebaliknya menyerahkan barangan tersebut terus kepada penumpang misalnya alatan muzik.

Tidak mengejutkan apabila syarikat penyelidikan penerbangan, Skytrax menamakan KIX sebagai lapangan terbang terbaik untuk penghantaran bagasi bagi Anugerah Lapangan Terbang Dunia (2024). Ia telah memenangi anugerah itu sebanyak lapan kali.

Di samping itu, KIX juga merupakan lapangan terbang pesisir pantai pertama di dunia yang dibangunkan di teluk Osaka dan kerana itulah ia tenggelam dua hingga empat sentimeter setiap tahun.

Secara keseluruhannya, disebabkan berat bahan binaan, lapangan terbang itu sebenarnya telah tenggelam lebih daripada 8 meter sejak awal 90-an. Pada masa pembinaan, ia juga merupakan lapangan terbang terpanjang di dunia.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here