Geely buka jawatan kosong di Indonesia, bakal lancar EV pertama?

156

Khabar tentang pelaburan Geely di Indonesia sudah beredar sejak tahun lalu yang mana perbincangan dengan pemerintah negara jiran itu melibatkan potensi kerjasama pengembangan kenderaan elektrik (EV).

Geely bukanlah jenama asing di Indonesia yang mana syarikat automotif itu pernah hadir pada 2011 hingga 2016 menerusi model sedan MK dan kereta bandar Panda.



Oleh kerana isu kualiti jenama China, Geely tidak sukses yang mana hanya menjual 5,000 unit kenderaan di Indonesia sebelum vakum.

Terkini, khabar tentang kehadiran Geely di Indonesia semakin kukuh apabila jenama itu mula membuka pengambilan jawatan kosong yang menjadi petanda bahawa pembukaan operasi semakin hampir.

Awalnya, ia bermula dengan kemunculan akaun Instagram @geelyindonesia yang menjadi praktikaliti umum jenama bagi menjalankan kempen kesedaran menerusi akaun media sosial sebelum rasmi beroperasi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Indra Radian Fathan (@indra_fathan)

Pembukaan jawatan kosong sepenuh masa itu melibatkan Pengurus Sumber Manusia, Penyelia Kewangan dan Insurans serta pengurusan pemasaran.

Jadi apakah model EV yang bakal dibawa masuk?. Geely baru sahaja melancarkan Galaxy E5 di pasaran China yang dijual pada harga bermula RM76,000.

Kemungkinan model tersebut akan menjadi EV pertama Geely Indonesia. Pembangunan E5 merupakan kerjasama antara Geely dan Proton.

Geely Galaxy E5

Di Malaysia model berkenaan dikenali sebagai Proton eMas 7 yang bakal lancar hujung tahun ini.

Sejauh manakah langkah kemasukan Geely secara langsung ke Indonesia bakal memberi kesan kepada Proton atau syarikat automotif nasional itu tiada perancangan untuk memasuki semula pasaran negara jiran?.

Proton eMas 7 bakal dibawa masuk sebagai model import untuk pasaran tempatan dan terdapat potensi besar Malaysia boleh menjadi hab Geely untuk pengeluaran pemanduan kanan. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here