“Hanya Tesla boleh sahkan, saya tidak bekerja dengan Tesla,” Tengku Zafrul

269

Hanya Tesla yang boleh sahkan tentang kesahihan laporan berita media Thailand berkaitan pembatalan rancangan pembinaan kemudahan pemasangan kenderaan elektrik (EV) di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata perkara itu perlu dirujuk dengan syarikat pengeluar kenderaan EV berkenaan.

“Anda perlu bertanya dengan Tesla, saya tidak bekerja dengan Tesla,” katanya ringkas. 



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan portal berita online Thailand, The Nation yang mendakwa Tesla membatalkan rancangan untuk membina kemudahan pembuatan kereta EV sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia.

Laporan itu menyatakan Tesla akan memfokuskan kepada kemudahan stesen pengecasan dan menggantung rancangan membangunkan kilang bukan sahaja di Thailand tetapi di peringkat dunia.

Tesla dilaporkan akan meneruskan rancangan kemudahan pemasangan di China, Amerika Syarikat dan Jerman.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here