Mitsubishi Fuso tunjuk demo lori sampah autonomi yang mampu ikut pergerakan pemandu

158

Mungkin ramai tidak memberikan kepercayaan penuh pada teknologi pemanduan autonomi yang digunakan pada model terpilih, apatah lagi ia didatangkan dengan nama yang mengelirukan namun dengan konsep sama. 

Namun tahukah anda, teknologi tersebut mampu menjadikan kerja seharian lebih mudah.

Misalnya, model konsep Fuso eCanter Sensor Collect ini. Trak sampah Mitsubishi Fuso elektrik itu akan mengikut belakang pemandu yang berada di luar menggunakan teknologi pemanduan autonomi. 



Dengan teknologi ADAS Tahap 2 dan kelengkapan lain seperti sensor dan kamera pada bahagian depan, sistem ADAS trak eCanter ini akan ‘mengunci’ tubuh  pemandu di luar trak dan bergerak dari belakang secara perlahan. 

Trak ini juga boleh dikawal dari jauh untuk berhenti di poin pengumpulan sampah atau tempat yang ditetapkan oleh pengendali. 

Sistem berkenaan boleh mengurangkan kekerapan turun dan naik dalam operasi mengutip sampah. 

Sistem kamera juga mampu mengesan halangan dan pengguna jalan raya lain, dan akan membrek secara automatik untuk mengelak sebarang pelanggaran.

Bukan itu sahaja, trak tersebut juga mampu mengelak kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.

Trak eCanter ini juga didatangkan dengan sistem perkongsian informasi yang akan mengesan berat dan volum sampah yang dimuatkan, yang mana data ini akan dikongsikan kepada fasiliti pusat dalam talian untuk membantu menambah baik kadar kecekapan operasi.

Mitsubishi Fuso eCanter Sensor Collect ini dibina berdasarkan model produksi eCanter yang sebenar, dengan motor elektrik berkuasa 154hp dan tork 390Nm. Pengecasan bateri penuh menawarkan jarak pemanduan sejauh 100km.

VIDEO

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here