“MITI tidak pernah umum Tesla akan buka kilang di Malaysia,” Tengku Zafrul

155

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan pihaknya tidak pernah membuat pengumuman Tesla akan membuka kemudahan pemasangan di Malaysia.

Pihak MITI ada perbincangan dengan pengasasnya, Elon Musk bagi menarik pelaburan namun syarikat itu tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Laporan diterbitkan oleh sebuah akhbar Thailand dan dipetik semula oleh akhbar negara kita.



“Pertamanya, laporan tersebut bukanlah kenyataan rasmi Tesla, sebaliknya hanya memetik sumber yang anonymous ataupun tak bernama.

“Jadi, bila ditanya, jawapan saya ialah wartawan perlu semak kesahihan berita ini dengan Tesla, kerana sumber berita ini bukanlah Tesla,” jelasnya menerusi akaun X bagi menjawab laporan portal berita online Thailand.

INISIATIF PENERAJU GLOBAL

Tambah beliau dalam usaha mengukuhkan ekosistem EV, kerajaan telah memperkenalkan Inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri yang terbuka untuk mana-mana pengeluar kenderaan elektrik (EV).

Antara syarat yang dikenakan ialah memasang sekurangnya 50 unit pengecas ultra pantas dengan kapasiti melebihi 180 kWh dan memastikan 30 peratus daripada dibuka untuk kegunaan awam selain jenama syarikat.

Bekerjasama dengan sekurang-kurangnya 10 syarikat tempatan dalam membangunkan ekosistem industri perkhidmatan pengecasan EV termasuk menggunakan kontraktor tempatan yang membuat pemasangan pengecas EV, pembekal peralatan seperti transformer, kabel dan lain-lain lagi.

“Tujuan inisiatif ini ialah untuk meningkatkan rangkaian pengecas untuk kegunaan pemilik kenderaan EV tempatan dan juga meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem pengecasan EV,” tambah beliau. 

Menurut beliau, sehingga kini hanya Tesla yang memohon dan diluluskan penyertaannya dalam inisiatif Global BEV ini dan kerajaan mengalu-alukan penyertaan pembuat EV lain.

“Jadi, bila kata Tesla dapat layanan istimewa, tak betul tu, mana-mana syarikat pun boleh memohon untuk inisiatif ini,” jelasnya. 

Walau apapun, MITI akan terus berusaha menarik pelaburan berkualiti tinggi ke Malaysia. Strategi untuk menarik pelaburan dalam industri automotif tidak terhad kepada Tesla sahaja.

Dari 2022 hinggalah suku pertama 2024, kita telah menarik pelaburan bernilai RM24.55 bilion dalam aktiviti pembuatan berkaitan EV daripada syarikat seperti Chery, Gemilang Coachwork, Samsung SDI Energy, NexV Manufacturing dan EVE Energy.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here