Bukan Kia, tapi BMW 2-Series Gran Coupe L (2025) khas untuk pasaran China

79

Sukar untuk pengeluar automotif menyembunyikan rekaan model terbaharu yang bakal dilancarkan, memandangkan info tersebut sudah boleh didapati menerusi laman web rasmi di sesetengah negara.

Imej pertama BMW 2-Series Gran Coupe mula terdedah di laman web Kementerian Industri dan Teknologi Informasi di China.

Seperti yang anda lihat, ia membawakan bentuk badan sedan coupe empat pintu dengan varian jarak antara roda panjang, eksklusif untuk pasaran tersebut.



BMW 2-Series Gran Coupe L membawakan jarak antara roda sepanjang 2,780 mm, atau 110 mm lebih panjang berbanding model terdahulu.

Ini bermakna, panjang keseluruhan turut bertambah 137 mm kepada 4,663 mm.

Nampak macam Kia, tapi rekaan luaran 2-Series Gran Coupe L ini membawakan persamaan dengan hatchback BMW 1-Series di bahagian depan, diikuti lampu belakang yang diinspirasikan daripada BMW X2.

Selain itu, ia turut mendapat pemegang pintu disatukan dengan badan kereta serta rekaan lekuk Hoffmeister yang sinonim dengan kereta BMW.

Di China, sedan kompak ini boleh didapati dengan tiga pilihan trim, iaitu 220L dengan enjin 1.5 liter (172 hp), 225L dengan enjin 2.0 liter (224 hp) atau versi prestasi tinggi M235L dengan enjin 2.0 liter berkuasa 330 hp.

Model ini akan dipasang di China menerusi syarikat kerjasama BMW Brilliance, dan dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada tahun ini.

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here