Carlos Ghosn dakwa Honda mahu kuasai Nissan dan Mitsubishi

249

Carlos Ghosn, individu yang paling kontroversi dalam industri automotif global mendakwa Honda sedang merancang menguasai dua syarikat pakatan Jepun Renault-Nissan-Mitsubishi.

Dalam satu temubual dengan Automotive News, bekas pelarian berusia 70 tahun itu percaya kedudukan Honda sebagai pengeluar terbesar antara ketiga-tiga jenama itu memberikan kelebihan utama untuk mengambil alih kuasa.

“Saya tidak boleh bayangkan untuk seketika bagaimana kerjasama ini akan berjalan antara Honda dan Nissan, melainkan ia adalah sebuah pengambilalihan.



“Ia akan menjadi sebuah proses pengambilalihan, iaitu pengambilalihan yang disembunyikan,” katanya. 

 

Ujarnya lagi, idea kerjasama antara Nissan dan Honda tidak pernah timbul sewaktu beliau memegang jawatan dalam Nissan.

Pada 1 Ogos yang lalu, Honda membentuk satu kerjasama dengan Nissan dan Mitsubishi untuk membangunkan perisian kawalan kenderaan, membina kenderaan elektrik (EV) serta meneroka pelbagai teknologi terkini termasuklah kepintaran buatan (AI).

Carlos Ghosn menjadi CEO Nissan bermula Jun 2001 hingga April 2017 sebelum ditahan pada November 2018 atas tuduhan menyalahgunakan dana syarikat.

Beliau berjaya melepaskan diri daripada tahanan rumah di Jepun pada Disember 2019 dan terbang ke Lubnan yang mana undang-undang negara itu tidak membenarkan ekstradisi atau serah balik rakyatnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here