Juruterbang maut helikopter terhempas atas bumbung hotel, penerbangan tidak dapat kebenaran

928

Sebuah helikopter terhempas ke bumbung sebuah hotel Hilton di timur laut Australia pada Isnin sehingga menyebabkan kebakaran di atas bangunan itu.

Serpihan kipas helikopter yang hancur mendarat di kolam hotel dan 400 orang terpaksa dipindahkan susulan insiden itu. 

Perkhidmatan kecemasan menerima panggilan kira-kira jam 1.50 pagi berkaitan sebuah helikopter enjin berkembar terhempas ke bumbung.



Juruterbang helikopter itu diisytiharkan maut di tempat kejadian, dengan penyiasat forensik berusaha untuk mengenalpasti mangsa, kata polis.

Syarikat yang memiliki helikopter itu berkata penerbangan berkenaan tidak mendapat kelulusan.

“Nautilus Aviation sedang bekerjasama rapat dengan Polis Queensland, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia dan pihak berkuasa lain ketika mereka menyiasat penggunaan tanpa kebenaran salah satu helikopter kami pada awal pagi ini.

“Memandangkan kami terus menyokong penuh siasatan yang sedang dijalankan, kami tidak akan membuat ulasan lanjut buat masa ini,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Courier-Mail sebelum ini melaporkan tiada rancangan penerbangan telah dibuat. Masih tidak jelas sama ada juruterbang itu seorang pekerja.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here