Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan model eksklusif Golf GTI Edition 50 sempena ulang tahun ke-50 model Golf.
Hot hatch berkenaan dijual pada harga RM267,990 seunit bersama Pakej Jaminan Volkswagen (VAP) merangkumi penyelenggaraan, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.
Versi Edition 50 itu didatangkan dengan pelbagai aksesori menarik iaitu :
- Kit badan Oettinger (spoiler depan/belakang berwarna hitam dan peresap udara)
- Rim aloi ringan ‘Pretoria’ bersaiz 18-inci kemasan hitam berkilat
- Perumah cermin sisi berwarna hitam
- Lencana eksklusif Edition 50
- Kemasan sisi sporty yang diinspirasikan daripada rekaan signatur honeycomb GTI.
- Penampilan bahagian luaran disempurnakan dengan tint “Edition 50 VW” dan lencana “50” pada tiang B
Ruang dalaman GTI Edition 50 diserlahkan menerusi lencana “50” pada bahagian tengah stereng, plat sisi aluminium “Edition 50” dan karpet depan “Edition 50”.
Sama seperti GTI standard, Edition 50 dijana oleh enjin 2.0 TSI yang menghasilkan kuasa
245PS dan tork 370Nm bersama klac basah 7-kelajuan.
GTI Edition 50 didatangkan dalam dua warna iaitu Oryx White dan Moonstone Grey.