Video tular cubaan curi motor tidak benar, rupanya pemilik setahun tak bayar ansuran

298

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan kes tular seorang wanita dan kawannya yang cuba mencuri motosikal di Banting, Kuala Langat seperti yang tersebar di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya mengesan satu hantaran di media sosial berhubung video memaparkan seorang wanita dan rakan sekerjanya cuba mencuri motosikal di depan sebuah rumah pada Ahad.

Hasil semakan mendapati dua laporan polis diterima daripada seorang wanita warga tempatan pada Jumaat.



Beliau berkata wanita berusia 35 tahun tersebut bekerja sebagai penarik motosikal, manakala seorang lelaki warga tempatan yang berselisih faham dalam video itu merupakan anak kepada pemilik motosikal, 16 yang hendak ditarik.

“Keterangan daripada kedua-dua pihak telah diambil dan polis mendapati berlakunya salah faham antara mereka semasa proses menarik motosikal tersebut.

“Kejadian ini tiada unsur jenayah iaitu cubaan mencuri motosikal,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, hasil siasatan mendapati pemilik motosikal tidak membayar ansuran selama hampir setahun.

Menurut beliau, perselisihan faham itu berjaya diselesaikan dan kedua-dua pihak telah berdamai secara baik.

Sehubungan itu katanya, PDRM ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here