Pemandu mabuk punca kemalangan tujuh kenderaan

318

Seorang pemandu yang disyaki di bawah pengaruh alkohol dipercayai menjadi punca kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Batu 3, Jalan Apas, Tawau, semalam.

Dalam kejadian 5.15 petang itu, lelaki berumur 32 tahun itu ditahan polis selepas Perodua Kenari dipandunya merempuh tiga kenderaan lain yang diparkir di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika suspek dari arah Jalan Apas menuju ke pusat bandar.



“Apabila menghampiri Mini Market 99 di Batu 3, Jalan Apas, suspek dilihat memandu kenderaan itu secara melulu sebelum merempuh tiga kenderaan yang diparkir dan tiga lagi kenderaan lain yang sedang bergerak termasuk sebuah motosikal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here